Followers

Tuesday, August 23, 2011

Weekend bersama Pelajar Matrikulasi

Sebenarnya entri ni dah lewat seminggu. Aku juz nk stori hari jumaat 2 minggu lepas persetujuan telah dicapai untuk mengambil pelajar2 kolej matrikulasi perlis a.k.a wani n mirah untuk pulang ke rumah. So petang tu abah, ibu n ain datang amik aku di ofis then trus ke arau. btolak pun dah agak lewat so berbuka dlm keta la jawabnya. on the way tu singgah RnR gurun beli siap2 makanan n minuman sikit, pastu bak kata nabil, saleha meneruskan perjalanan! hehe

Sampai arau dlm pukul 8.00pm camtu trus sggah sembahyang n baru amik they all. excited nk jumpa budak2 tu sbb dah lama x p tgk depa. smpai je kolej tggu jap dara-dara tu kluar. dah kol suruh siap awal lepas berbuka terus nk amik. Lepas salam n cium muah2 kami pun btolak pulang bersama2.. macam karangan bahasa melayu kan. haha

Malam tu smpai umah dlm pukul 11 lebih kot. Ya Allah punyala letih. lepas smbahyang trus tido Zzzz...(perlu ke..). esoknya tu kami rest ja kat umah. rasa mcm letih tu x hilang lagi. dua2 orang tu kononnya nk buat homework. buatla jugak tp bnyaknya dok online pastu tido. hikhik..

Malam tu aku berbuka dgn ibu, wani n mirah ja sbb ain keja n abah bbuka kat kepala batas. Faiz pun blk tp bbuka dgn kawan. so tinggalla kami berempat. dalam pukul 9.30 tu aku bawakla they all p amik ain. round2 jap pastu blk.

Hari ahad tu ibu plan nk kluar awal hantar depa sebab nk singgah bazar ramadan beli makanan lebih sikit sebab kesian depa dok makan kat cafe kolej ja. So dlm pukul 4 camtu amik ain kat tempat keja trus pi arau. Pukul 6 camtu smpai singgah bazar ramadan antara arau dan kangar. ( aku x tau nama tempat tu)

So suruhla budak2 tu pilih makanan apa yang they all nak. wani nak nasi briyani, mirah plak nasi putih ja. tambah dgn kuih muih byk jugakla juadah berbuka kami hari tu. Sampai KMP trus sembahyang Asar n then tggu waktu berbuka di kafe yg dikenali sbg Kafe Abang Din oleh pelajar KMP.

Meriahla jugak bbuka dgn students KMP di arau ni. Lepas berbuka n sembahyang maghrib tu, kami trus siap nk blkla. Bermula la episod pesan memesan kat they all suruh jaga diri baik2 sebab nex wik tu nak blk KL naik flight. (huh berlagak x nak singgah rumah kite)

Malam tu sampai rumah rasa sunyi plak even they all blk 2 hari ja. Ibu dok tringat sgt kat depa sebab blk kejap sangat. mggu ni they all dah stat cuti raya tu yang trus blk KL tu nak berpuasa dgn famili masing-masing pulak. xpala, raya nanti berkumpul blk kat kampung. Yahoo, bestnya!!!

Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday My Lovely Ibu

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ibuku sayang
Allah selamatkan kamu..

Arini tanggal 10 Ogos 2011 adalah hari lahir ibuku yang tersayang. yang ke berapa ek..hmm dirahsiakan. Walau yg ke berapa pun ibu tetap maintain cun & anggun di mata anak-anak. yg lain jgn jeles k..hehe nak stori sikit pasal ibu.

Ibu aku memang seorang ibu yg sgt sporting, cantik, baik, lemah lembut, penyayang, penyabar n macam2 lagi la. Ibu rapat dgn anak2. Kiranya hampir smua cerita anak2 ibu akan tau dari A-Z especially aku la. haha..ibu byk sabar dgn perangai anak-anak yang mcm2 jugak. ( bukankah benda ni sesuai citer dlm entri sempena hari ibu?) Arggh x kira nak cita kat sini jgk.

Serius aku cakap ibu mmg sgt sporting dgn anak-anak n even kawan2. Sbb tu aku bole kongsi mcm2 cita dgn ibu dari hal sekolah, universiti smpaila cita pejabat sekarang ni. Ooops termasukla ceritera chenta. hekhek..samala jugak dgn adik2 aku.

Ibu x mengamalkan dasar mengongkong anak2 tp dgn sendirinya aku dgn adik2 akan automatik nk report setiap kejadian yang berlaku kat kami. mmg dari kecik dah mcm tu smpaila x brapa nk kecik ni. Bayangkan aku bole cita pasal byk benda yg jadi di pejabat dari petang sampaila malam. Dah memang jenis x reti nak diam kan. Even terpaksa pun ibu kena dgr jugak. tu x termasuk kalo aku pegi kursus lagi. Jenuh jugak nk kumpul cita seminggu tu. Huh..

Lagi satu ibu mmg byk sabar dgn sikap aku yang gila kasut. Sepanjang hidup aku, ibula orang yg paling setia menunggu aku pilih kasut n bagi pendapat setiap kali nk beli. Bukan senang nk pilih yg betol2 berkenan sbb yg berkenan tu byk. haha..tp ibu maintain x penah marah or fedup. Hmm agak2 kalo kawen nanti bole ka si dia sabar macam ibu..wait n c jela..

Ibu jarang marah aku n adik2, jauh sekali la nk berleter yang bukan2. yang kerap berleter ialah abah dan bukan ibu. hehe. Ibu akan diam x cakap kalo marah, so faham2 sendirila wei kalo dah buat salah tu..Mebi sebab jarang marah tu yang buatkan ibu nampak muda n stil cantik pada mata aku. Slalu hepi sebab we all anak-beranak suka sangat merapu. Even hal yang kecik pun bole gelak berdekah-dekah..bangga jugak si anak ni bila ramai yang tegur, "eh, ibu farah ka? laa nampak mcm kakak" ataupun "mudanya nampak mak dia..mcm dua beradik"  heheh..sekali lagi yang lain jgn jeles..

Sebenarnya banyak perkara tentang ibu yang aku x dapat nk luahkan dgn kata-kata. Ibu terlalu istimewa n penting sangat dalam hidup aku..

Sempena birthday ibu kali ni aku doakan agar ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia selalu di samping family & may Allah bless you..Amin..

I LOVE U MUCH!!! MMMMMUAH!!!


p/s: perasan tak xda gambar dlm entri ni..x bole nak upload due to some problems..adoyai tensen! sowi ibu..










Tuesday, August 9, 2011

Cerita Ramadan

Salam..
Firstly aku nak ucapkan selamat berpuasa kpd semua muslimin dan muslimat walaupun arini dah masuk 8 Ramadan.hehe..tlambat sminggu. apadaa..

Pejam celik pejam celik dh 8 ari kita posa. cepat kn masa berlalu. Semoga Ramadan kali ni mbawa rahmat dlm hidup stiap insan dan diberkati Allah SWT..

So, apa cita ramadan kali ni? well, mcm bulan posa sbelum ni jugak, aku tetap dgn family aku yang sentiasa bbuka dan bsahur di rumah. apa yg lain sikit ialah adik aku  faiz dah keja di ipoh, ain pulak yg take over duduk di umah sbb tgh bcuti lg smpai lepas raya ni. So tinggal kami berempat jela kt umah skarang. Ain pulak dh keja (pekerjaan dirahsiakan) hehe, so kalo dia blk mlm aku bbuka dgn ibu n abah jela.

First day posa kami bbuka di ipoh sbb p hantar faiz ke umah maknjang aku (adik abah). Dia lapor diri 1/8 aritu. Hari2 lain bbuka kt umah, cuma ahad lepas kami bbuka di kulim sebab kluar beli barang sikit.

Setakat ni we all jarang beli lauk lagi sbb ibu akan masak. Kami dua beranak blk awal bulan posa ni. Pkul 4.30 ptg dh cabut sbb masuk pkul 7.30pg. Yeyeh dpt blk awal! padahal sama ja waktu bkerja tu. huh kecoh je..penat2 pun tetap masak. kadang2 ja kalo dh x larat sgt baru beli lauk.

Oops before ni aku lupa nk canang kat satu dunia yang aku ni terpilih mjadi Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial utk Kelab Sukan dan Kebajikan di ofis aku ni. serius aku x percaya sbb menjadi insan terpilih tersebut. Masa mesyuarat agung dibuat tu, aku baru 3 bulan keja kat sini. tup-tup diundi jadi pengerusi biro.

Time tu Ya Allah tuhan saja yang tau prasaan aku. brapa mlm x bole tido. aku memang x mau jawatan tu! Staf pun x kenal abes lagi mcmana nk jaga kebajikan orang. Aku nk letak jawatan tp bos x bagi sbb tu keputusan mesyuarat agung. lepas kena brainwash dgn ibu n bos, aku terimala jgk jawatan tu plus dpt support jgk dari staf lain. hmm tapi apa kena mngena dgn cita ramadan ni?

Haa meh sini nak bgtau. Disebabkan aku pengerusi biro so kenala buat program kebajikan utk bulan puasa ni. Lepas plan mcm2 n btukar-tukar plak tu, last skali stuju nak bg sumbangan kepada orang-orang miskin. So skarang ni dlm proses nk jalankan program tu la. Setakat ni hasil sumbangan yang didapati agak baik alhamdulillah..Doakanla semuanya berjalan lancar..amin..