Followers

Tuesday, August 23, 2011

Weekend bersama Pelajar Matrikulasi

Sebenarnya entri ni dah lewat seminggu. Aku juz nk stori hari jumaat 2 minggu lepas persetujuan telah dicapai untuk mengambil pelajar2 kolej matrikulasi perlis a.k.a wani n mirah untuk pulang ke rumah. So petang tu abah, ibu n ain datang amik aku di ofis then trus ke arau. btolak pun dah agak lewat so berbuka dlm keta la jawabnya. on the way tu singgah RnR gurun beli siap2 makanan n minuman sikit, pastu bak kata nabil, saleha meneruskan perjalanan! hehe

Sampai arau dlm pukul 8.00pm camtu trus sggah sembahyang n baru amik they all. excited nk jumpa budak2 tu sbb dah lama x p tgk depa. smpai je kolej tggu jap dara-dara tu kluar. dah kol suruh siap awal lepas berbuka terus nk amik. Lepas salam n cium muah2 kami pun btolak pulang bersama2.. macam karangan bahasa melayu kan. haha

Malam tu smpai umah dlm pukul 11 lebih kot. Ya Allah punyala letih. lepas smbahyang trus tido Zzzz...(perlu ke..). esoknya tu kami rest ja kat umah. rasa mcm letih tu x hilang lagi. dua2 orang tu kononnya nk buat homework. buatla jugak tp bnyaknya dok online pastu tido. hikhik..

Malam tu aku berbuka dgn ibu, wani n mirah ja sbb ain keja n abah bbuka kat kepala batas. Faiz pun blk tp bbuka dgn kawan. so tinggalla kami berempat. dalam pukul 9.30 tu aku bawakla they all p amik ain. round2 jap pastu blk.

Hari ahad tu ibu plan nk kluar awal hantar depa sebab nk singgah bazar ramadan beli makanan lebih sikit sebab kesian depa dok makan kat cafe kolej ja. So dlm pukul 4 camtu amik ain kat tempat keja trus pi arau. Pukul 6 camtu smpai singgah bazar ramadan antara arau dan kangar. ( aku x tau nama tempat tu)

So suruhla budak2 tu pilih makanan apa yang they all nak. wani nak nasi briyani, mirah plak nasi putih ja. tambah dgn kuih muih byk jugakla juadah berbuka kami hari tu. Sampai KMP trus sembahyang Asar n then tggu waktu berbuka di kafe yg dikenali sbg Kafe Abang Din oleh pelajar KMP.

Meriahla jugak bbuka dgn students KMP di arau ni. Lepas berbuka n sembahyang maghrib tu, kami trus siap nk blkla. Bermula la episod pesan memesan kat they all suruh jaga diri baik2 sebab nex wik tu nak blk KL naik flight. (huh berlagak x nak singgah rumah kite)

Malam tu sampai rumah rasa sunyi plak even they all blk 2 hari ja. Ibu dok tringat sgt kat depa sebab blk kejap sangat. mggu ni they all dah stat cuti raya tu yang trus blk KL tu nak berpuasa dgn famili masing-masing pulak. xpala, raya nanti berkumpul blk kat kampung. Yahoo, bestnya!!!

1 comment:

  1. semakin kita membesar,kehidupan kita makin berbeza dari dahulu kan......

    ReplyDelete