Followers

Wednesday, September 14, 2011

Aidilfitri 2011

Salam..
Kalau dikira dengan jari plus tgk kalendar, arini dah masuk 16 Syawal dah. Baru nak hapdate blog tentang raya???!! Mmg ketinggalan n kelambatan btolla..ala relax la, yg penting still bulan Syawal lagi huhu (ayat cover).

Haa before truskan cita raya, aku juz nk share rasa terkejut sebab ada dua insan di ofis aku yang terperasan kewujudan JMJP nih. hehe..x sangka langsung..malu pun ada. anyway timer kasih la ye kalau sudi singgah baca blog si JMJP..teruskanla menyokong saya. hahaha (ingat kau tu ahli politik ke nk suruh org sokong??)

Actually, banyak sangat crita pasal raya yg nk dikongsikan bersama tp disebabkan kekangan masa so aku amik yg penting jela..gambar2 plak dah malas nk upload sebab aku dah sumbat dlm fb dah. huhu..

Biasanya kalau hari raya, anak-anak cucu semua akan pulang ke kampung halaman untuk beraya dengan nenek. Tapi kes aku plak terbalik. Aku pulak yg tggu nenek aku balik kampung. Sebabnya since last year my gramma yang aku panggil 'mak' duduk KL with my aunty coz x sihat & menerima rawatan susulan di KL.  My big family members pun kebanyakannya memang di kl n they all pun balik beraya jgk. So, cuma family aku jela yg ada di penang..huaaaa! tu pun adik2 study kat sana..huaaa lagik..

Rumah mak juz riuh rendah dalam seminggu tu jela..then bila dah abes cuti n suma dah balik kl, macam disambar garuda la sunyinya..bayangkan dari jumlah dalam 45 orang berkumpul dlm 1 rumah n bila 90% dah balik, adoi memang sunyi..

Tahun ni we all beraya biasa2 ja tapi meriahla. raya pertama kluar beraya di umah kawan ibu ja. pastu duduk umah tggu tetamu. Biasanya kawan aku n kwn adik2 akan mai beraya pd hari raya pertama. Waktu puncaknya adalah dari lepas Asar smpaila Maghrib memang agak x menang tangan sebab tetamu mai agak serentak. Tapi memang enjoyla..

Masuk raya kedua memang kami x duduk rumah sebab keluar beraya beramai-ramai. tp tahun ni we kluar agak lewat sikitla dari rumah. Biasanya tahun-tahun sebelum ni kami akan konvoi beraya dalam 7-8 buah kereta, tp bergantungla jugak kalau ada yg beraya di rumah mertua tu kurangla peserta konvoi. Tema warna raya kedua thn ni ialah hijau. so kalo amik gambar beramai2 tu dah nampak mcm alam sekitar pun ada. haha..

Raya kali ni rasa cepat sangat. tup2 dah sampai hari sabtu raya kelima dah. Ramai yang dah gerak balik kl dah time ni. Mama n makteh sekeluarga plan dgn ibu nk p arau antar bebudak matriks tu sambil bercuti la kononnya. Atlis kami xla rasa sunyi sgt duduk umah di kampung tu sebab mak n yong dah blk kl..

So petang tu btolakla kami 3 sekeluarga ke arau. eh xla aku tipu, ke jitra sebenarnya sebab kami duduk homestay di jitra. esoknya tu baru ke arau. Lepas antar barang2 student matriks tu, kami keluar ke padang besar n main shoping-shoping kat sana. bestla jugak game ni. hehe..malam tu barula bertolak balik penang. Ya Allah letih sungguh tp enjoyla sebab bkumpul ramai-ramai mcm tu..:-)

Last but not least..

                     ~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN~

Tuesday, August 23, 2011

Weekend bersama Pelajar Matrikulasi

Sebenarnya entri ni dah lewat seminggu. Aku juz nk stori hari jumaat 2 minggu lepas persetujuan telah dicapai untuk mengambil pelajar2 kolej matrikulasi perlis a.k.a wani n mirah untuk pulang ke rumah. So petang tu abah, ibu n ain datang amik aku di ofis then trus ke arau. btolak pun dah agak lewat so berbuka dlm keta la jawabnya. on the way tu singgah RnR gurun beli siap2 makanan n minuman sikit, pastu bak kata nabil, saleha meneruskan perjalanan! hehe

Sampai arau dlm pukul 8.00pm camtu trus sggah sembahyang n baru amik they all. excited nk jumpa budak2 tu sbb dah lama x p tgk depa. smpai je kolej tggu jap dara-dara tu kluar. dah kol suruh siap awal lepas berbuka terus nk amik. Lepas salam n cium muah2 kami pun btolak pulang bersama2.. macam karangan bahasa melayu kan. haha

Malam tu smpai umah dlm pukul 11 lebih kot. Ya Allah punyala letih. lepas smbahyang trus tido Zzzz...(perlu ke..). esoknya tu kami rest ja kat umah. rasa mcm letih tu x hilang lagi. dua2 orang tu kononnya nk buat homework. buatla jugak tp bnyaknya dok online pastu tido. hikhik..

Malam tu aku berbuka dgn ibu, wani n mirah ja sbb ain keja n abah bbuka kat kepala batas. Faiz pun blk tp bbuka dgn kawan. so tinggalla kami berempat. dalam pukul 9.30 tu aku bawakla they all p amik ain. round2 jap pastu blk.

Hari ahad tu ibu plan nk kluar awal hantar depa sebab nk singgah bazar ramadan beli makanan lebih sikit sebab kesian depa dok makan kat cafe kolej ja. So dlm pukul 4 camtu amik ain kat tempat keja trus pi arau. Pukul 6 camtu smpai singgah bazar ramadan antara arau dan kangar. ( aku x tau nama tempat tu)

So suruhla budak2 tu pilih makanan apa yang they all nak. wani nak nasi briyani, mirah plak nasi putih ja. tambah dgn kuih muih byk jugakla juadah berbuka kami hari tu. Sampai KMP trus sembahyang Asar n then tggu waktu berbuka di kafe yg dikenali sbg Kafe Abang Din oleh pelajar KMP.

Meriahla jugak bbuka dgn students KMP di arau ni. Lepas berbuka n sembahyang maghrib tu, kami trus siap nk blkla. Bermula la episod pesan memesan kat they all suruh jaga diri baik2 sebab nex wik tu nak blk KL naik flight. (huh berlagak x nak singgah rumah kite)

Malam tu sampai rumah rasa sunyi plak even they all blk 2 hari ja. Ibu dok tringat sgt kat depa sebab blk kejap sangat. mggu ni they all dah stat cuti raya tu yang trus blk KL tu nak berpuasa dgn famili masing-masing pulak. xpala, raya nanti berkumpul blk kat kampung. Yahoo, bestnya!!!

Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday My Lovely Ibu

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ibuku sayang
Allah selamatkan kamu..

Arini tanggal 10 Ogos 2011 adalah hari lahir ibuku yang tersayang. yang ke berapa ek..hmm dirahsiakan. Walau yg ke berapa pun ibu tetap maintain cun & anggun di mata anak-anak. yg lain jgn jeles k..hehe nak stori sikit pasal ibu.

Ibu aku memang seorang ibu yg sgt sporting, cantik, baik, lemah lembut, penyayang, penyabar n macam2 lagi la. Ibu rapat dgn anak2. Kiranya hampir smua cerita anak2 ibu akan tau dari A-Z especially aku la. haha..ibu byk sabar dgn perangai anak-anak yang mcm2 jugak. ( bukankah benda ni sesuai citer dlm entri sempena hari ibu?) Arggh x kira nak cita kat sini jgk.

Serius aku cakap ibu mmg sgt sporting dgn anak-anak n even kawan2. Sbb tu aku bole kongsi mcm2 cita dgn ibu dari hal sekolah, universiti smpaila cita pejabat sekarang ni. Ooops termasukla ceritera chenta. hekhek..samala jugak dgn adik2 aku.

Ibu x mengamalkan dasar mengongkong anak2 tp dgn sendirinya aku dgn adik2 akan automatik nk report setiap kejadian yang berlaku kat kami. mmg dari kecik dah mcm tu smpaila x brapa nk kecik ni. Bayangkan aku bole cita pasal byk benda yg jadi di pejabat dari petang sampaila malam. Dah memang jenis x reti nak diam kan. Even terpaksa pun ibu kena dgr jugak. tu x termasuk kalo aku pegi kursus lagi. Jenuh jugak nk kumpul cita seminggu tu. Huh..

Lagi satu ibu mmg byk sabar dgn sikap aku yang gila kasut. Sepanjang hidup aku, ibula orang yg paling setia menunggu aku pilih kasut n bagi pendapat setiap kali nk beli. Bukan senang nk pilih yg betol2 berkenan sbb yg berkenan tu byk. haha..tp ibu maintain x penah marah or fedup. Hmm agak2 kalo kawen nanti bole ka si dia sabar macam ibu..wait n c jela..

Ibu jarang marah aku n adik2, jauh sekali la nk berleter yang bukan2. yang kerap berleter ialah abah dan bukan ibu. hehe. Ibu akan diam x cakap kalo marah, so faham2 sendirila wei kalo dah buat salah tu..Mebi sebab jarang marah tu yang buatkan ibu nampak muda n stil cantik pada mata aku. Slalu hepi sebab we all anak-beranak suka sangat merapu. Even hal yang kecik pun bole gelak berdekah-dekah..bangga jugak si anak ni bila ramai yang tegur, "eh, ibu farah ka? laa nampak mcm kakak" ataupun "mudanya nampak mak dia..mcm dua beradik"  heheh..sekali lagi yang lain jgn jeles..

Sebenarnya banyak perkara tentang ibu yang aku x dapat nk luahkan dgn kata-kata. Ibu terlalu istimewa n penting sangat dalam hidup aku..

Sempena birthday ibu kali ni aku doakan agar ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia selalu di samping family & may Allah bless you..Amin..

I LOVE U MUCH!!! MMMMMUAH!!!


p/s: perasan tak xda gambar dlm entri ni..x bole nak upload due to some problems..adoyai tensen! sowi ibu..










Tuesday, August 9, 2011

Cerita Ramadan

Salam..
Firstly aku nak ucapkan selamat berpuasa kpd semua muslimin dan muslimat walaupun arini dah masuk 8 Ramadan.hehe..tlambat sminggu. apadaa..

Pejam celik pejam celik dh 8 ari kita posa. cepat kn masa berlalu. Semoga Ramadan kali ni mbawa rahmat dlm hidup stiap insan dan diberkati Allah SWT..

So, apa cita ramadan kali ni? well, mcm bulan posa sbelum ni jugak, aku tetap dgn family aku yang sentiasa bbuka dan bsahur di rumah. apa yg lain sikit ialah adik aku  faiz dah keja di ipoh, ain pulak yg take over duduk di umah sbb tgh bcuti lg smpai lepas raya ni. So tinggal kami berempat jela kt umah skarang. Ain pulak dh keja (pekerjaan dirahsiakan) hehe, so kalo dia blk mlm aku bbuka dgn ibu n abah jela.

First day posa kami bbuka di ipoh sbb p hantar faiz ke umah maknjang aku (adik abah). Dia lapor diri 1/8 aritu. Hari2 lain bbuka kt umah, cuma ahad lepas kami bbuka di kulim sebab kluar beli barang sikit.

Setakat ni we all jarang beli lauk lagi sbb ibu akan masak. Kami dua beranak blk awal bulan posa ni. Pkul 4.30 ptg dh cabut sbb masuk pkul 7.30pg. Yeyeh dpt blk awal! padahal sama ja waktu bkerja tu. huh kecoh je..penat2 pun tetap masak. kadang2 ja kalo dh x larat sgt baru beli lauk.

Oops before ni aku lupa nk canang kat satu dunia yang aku ni terpilih mjadi Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial utk Kelab Sukan dan Kebajikan di ofis aku ni. serius aku x percaya sbb menjadi insan terpilih tersebut. Masa mesyuarat agung dibuat tu, aku baru 3 bulan keja kat sini. tup-tup diundi jadi pengerusi biro.

Time tu Ya Allah tuhan saja yang tau prasaan aku. brapa mlm x bole tido. aku memang x mau jawatan tu! Staf pun x kenal abes lagi mcmana nk jaga kebajikan orang. Aku nk letak jawatan tp bos x bagi sbb tu keputusan mesyuarat agung. lepas kena brainwash dgn ibu n bos, aku terimala jgk jawatan tu plus dpt support jgk dari staf lain. hmm tapi apa kena mngena dgn cita ramadan ni?

Haa meh sini nak bgtau. Disebabkan aku pengerusi biro so kenala buat program kebajikan utk bulan puasa ni. Lepas plan mcm2 n btukar-tukar plak tu, last skali stuju nak bg sumbangan kepada orang-orang miskin. So skarang ni dlm proses nk jalankan program tu la. Setakat ni hasil sumbangan yang didapati agak baik alhamdulillah..Doakanla semuanya berjalan lancar..amin..



Friday, July 22, 2011

Welcome Back Farah

Salam...
Wow, dh hampir 4 bulan si farah ni x update blog dia! mana dia p slama ni? oversea kah? x kan kot..smpai ada yang dok perli dh lama x update blog ni. Last cita pasal result exam adik2 spupu kesayangan tu. hmm heran jgk ek..

Actually selama ni aku x p mana-mana pun. Oversea pun stakat Pearl of Island @ Penang ja hoho..abes tu knapa lama x muncul..sbnarnya dlm masa 4 bulan ni mcm2 perkara jadi kat aku. Serba mak nenek perasaan yang aku tanggung dlm tempoh tu. Tapi malas nak crita benda yang lepas. beter fikir perkara yang akan datang kan.

Salah satu sebab penting yg buat aku lama x buka blog ialah masalah emel aku. dahla aku ni seorang yg sgt 'terer' pasal komputer n IT ni so mmg masalah problem la. haha..besides that keadaan keja aku skarang ni buat aku x berkesempatan nk blogging. Ofis agak jauh dari umah, balik ja dah letih malas nk turn on PC. Weekend plak salu x lekat di umah tambah2 musim kenduri aritu. tp orang lain bole je. (malas sbenarnya si farah ni plus xdak cita best yang aku rasa nk coret kat sini).

Harap2 lepas ni maintain la ek..jgnla hangat2 tahi ayam ja. ntah mcmana orang tau pasal tahi ayam hangat pon xtaula..hik2..so welcome back farah! yoyo o jek..

Tuesday, March 29, 2011

Result SPM Dah Keluar

Hari rabu minggu lepas bersamaan 23 mac 2011 adalah tarikh result spm dikeluarkan. bedebar2 jugak pagi tu nk tggu dpt keputusan. tp bukan keputusan spm aku, keputusan adik2 sepupu aku la..hehe..yoyo o je.

Tp betolla aku pn bdebar sama. on the way ke ofis pagi tu aku dgr hot.fm bincang pasal result spm yang bakal keluar. penyampai2 tu siap pesan kat calon2 yg nk pegi amik result tu supaya makeup cantik-cantik kot nanti masuk tv. hehe.

Mirah dan Wani adalah dua adik sepupuku yg mjadi calon spm last year. aku letak nama mirah dulu sbb dia yg kluar tgk dunia dulu pada bulan julai , then baru wani menyusul di bulan disember. depa ni apa2 hal pun mesti sama. sgt rapat kedua-duanya dengan adik kembar aku. kiranya geng 4 sekawan la. apa2 pun mesti berempat.

Wani n mirah pnggil aku cikgu farah selain dr kak far. sebabnya aku kn jd cikgu sementara waktu before ni. poyo je cikgu farah tu padahal bukan ajar depa pun. haha..tp depa nila dua org pelajar kesayangan aku. hehe..

Ok, balik pada citer result spm td. dlm keta aku dah excited nk mesej dua2 org supaya jgn lupa msg bgitau result kat aku. alih2 smpai ofis si nyanyuk ni trus terlupa nk msg smpaila ke petang. kebetulan aritu aku bz btol dr pagi smpai ptg. (ayat cover haha).

Then ptg tu tgk hp ada miskol n msg dr mama n ibu yg aku x dgr. see, kan dh ckp aku bz. mama msg tnya aku dah dpt berita ke? sekali lg si nyanyuk ni lupa, berita apa ek?? hiiisshhh!!!

Aku trus kol ibu. ibula yg bagitau result depa kat aku. Ya Allah aku btol2 terlupa..

Terkezut aku dgr result dua2 org ni sama. dahla rapat, result exam pn sama! bagus betol. apa pun, depa dah berjaya kutip A paling byk dlm our family. Tahniah sgt2 to mirah n wani! kak far tumpang bangga dgn korang berdua.

Harap2 lepas ni depa dapat masuk matriks penang mcm ain dulu. ibu x sabar nk tggu. meriah sikit penang dgn depa. haha..harap2 la..tp kalau depa dpt tempat lain pn, aku stil doakan depa success.

To mirah n wani, CONGRATULATIONS!!! you allz dah banggakan family Hajah Saodah dgn result yg baik n sama plak tu. bagus betol..

p/s: jgn kawen nanti berebut org yang sama sudahla YE YE YE..kalau tidak KITE BAKO, KITE BAKO JE..haha..(nila ayat merapu budak2 nih)

Thursday, March 17, 2011

Trip to Hatyai

Dua minggu lepas, aku dgn ibu join trip ke hatyai anjuran ofis ibu. trip tu 2 ari 1 malam ja. pegi 5hb mac n balik 6hb. even x lama tp agak enjoy jgkla. lagi best kalau adik2 aku dpt join sama. tp x cuti x bolela..

Kami bertolak dari penang lebih kurang pukul 7.30am camtu. kalau ikut jadual sepatutnya pukul 6.45am dh btolak tp biasala bila dh ramai ni jd lambatla. aku n ibu bangun pukul 4.50am sebab pukul 5.30am dah nk keluar. solat subuh kat ofis ibu. kami p dua biji bas. (btol ke penjodoh bilangan aku bg kat bas nih?)

On the way pagi tu kami singgah breakfast kat hentian r&r gurun. Lpas tu bas stop dkat area bukit kayu hitam untuk pertukaran mata wang asing. haha..Lebih kurang pukul 12 lebih kami smpai ke check point sempadan malaysia-thailand. mcm biasala suma org kena turun utk check pasport. ibu ada pasport sendiri, aku plak buat group pasport dgn staf-staf lain.

Masa dekat imigresen malaysia tu kejap ja. bila nak masuk ke danok(sebelah siam) tu yang agak lama. aku satu grup dgn syifa, dayat (kwn kpd kwn aku) n ramai lagi. yg keja tu ibu aku, tp bole kata hampir suma kawan ibu aku kenal. hee..after setel suma urusan pasport kami pun meneruskan perjalanan ke hatyai. we berhenti makan tengahari dekat satu tempat yg aku lupa namanya. huhu.


  • before makan amik gambar dulu

  • ibu dengan ilah
Masa dekat danok tu, ada sorang pemandu pelancong orang pattani yg naik bas kami n sorang lagi naik the other bas. dlm pjalanan tu dia berceritala serba sikit pasal hatyai ni. sempat jugak dia ajar pkataan2 dlm bahasa siam. Lebih kurang pukul 3 lebih camtu kami pn smpai d hatyai.

Mula2 stop si Nora Plaza. agak mahal barang kat sini. aku cuma beli magnet hiasan utk ida sebab takut x jumpa lagi. Lepas tu singgah kilang memproses gajus, tp x nampak pn org proses gajus. ibu beli kacang n makanan2 ringan lain kat sini.

Lepas tu kami stop smbhyang di masjid jamek di songkla. sempatla jugak berposing sakan kat situ.

  • ni la masjid tu tp x nampk kubah sbb tinggi..

  • aku n syifa @sipak

  • aku x ingat kenapakah kami masa ni


  • aku, dayat n syifa










  • ibu bgambar dgn datin2..kellas gitu..



Lepas puas bgambar, kami bertolak ke pantai samila. org kata kat situ ada ikan duyung. memang ada tp patung jela..hehe..





  • duyung yang dik







  • mcm faham je tulisan tu


Dari pantai samila, kami bergerak plak ke floating market. dekat situ punyala banyak makanan yg dijual. pelbagai jenis ada. kaum2 wanita ja yg menjual atas perahu tu. sbb tu la disebut floating market kot. disebabkan aku n ibu dah makan sotong goreng, fishball n others d pantai samila so kami kenyang lagila. best tgk ada mcm2 makanan tp dah rasa x mampu nk makan lagi. so round jela kat area tu.











Lebih kurang sejam kami kat situ smpai hampir pukul 8.30pm barula bertolak untuk check in d Hotel New World. Mlm tu mmg aku ngn ibu x larat lagi nak kluar, trus flat. Zzzzzz...

Esoknya pagi2 lagi ibu dah kejut nk pegi pasar. bukan pasar jual ikan mcm kat sini tp pasar besar lebih kurang mcm pasar siti khadijah d kelantan or pasar kedai payang d terengganu. agen trip tu la yang explain pasal pasar ni masa malam kami sampai tu. 

Katanya mcm2 ada kat situ. nk breakfast pun banyak makanan Islam n barang2 utk shoping pun pelbagai. Dalam pukul 9am camtu aku n ibu dah kluar naik tut-tut. hehe..ingatkan kami dah lambat, rupanya x nampak langsung kelibat member trip ni kat pasar tu. haha. 



Bila berdua tu x tau sangatla nk mrayau ke mana. dhla tempat x penah sampai. tp aku n ibu selamba je pusing cari makan kat situ. nak kol kwn2 lain x tau extension plak sbb malam tu dapat kunci bilik trus naik tdo. we breakfast pulut ayam n ovaltine pagi tu. bole tahan la..

Peniaga2 kat hatyai ni kebanyakan yg Islam tu bertudung, so aku aspect bolela ckp melayu sikit2. rupa-rupanya ada yg x tau lgsung nk cakap melayu o english. dihentamnya cakap siam dengan aku n ibu. hahaha..kami pun angguk n geleng jela. punyala susah nk communicate. sebabnya kami makan tu d luar kawasan pasar kat tepi jalan ja. mebi kalau makan kat food court dlm pasar tu adala yang bole ckp melayu kot..hehe

Time beli barang pun mcm tu jgk. tapi ada yg mmg bole cakap melayu n english so takla rasa susah sgt nk tawar menawar. kami x beli bnyak barang sgt pn. sikit2 je pastu balik hotel siap2 untuk checkout dlm pukul 1pm.






  • rambang mata woo tgk bag2 kat situ
Tgh2 round tu jumpa kak rosney n dayat, trus jalan skali la dgn they all. meriahla sikit.





  • balik hotel pun naik tut-tut










  • aku pun confuse kawan2 sapa sebenarnya ni. ibu x masuk frame pn. haha

  • dah nak blk!
 Lepas selesai urusan kluar hotel tu kami trus btolak balik. sepanjang perjalanan tu apa lagi, smua caj bateri sbb tadi pakai bnyak masa jalan2 kat pasar tu. hehe smua tdo hinggala kami sampai di danok dalam pukul 3pm. lepas setel hal pasport, kami diberi masa lebih kurang 2 jam utk solat, makan n sambung shoping lagi kat situ. jalan lagi..tp hujan petang tu. aku n ibu makan pulut mangga plak kat gerai di situ. memang sedap..

Dalam pukul 5 lebih tu smua org dah berkumpul nak balik. kami kena bawak turun barang2 yang dibeli kecuali makanan utk pemeriksaan kastam di sebelah malaysia. kejap je pastu naik bas balik.

Then kami smpai di penang pukul 8 lebih mcm tu. punyala letih..nk drive balik plak. pukul 10 lebih baru smpai umah. kemas2 apa yang patut, prepare baju utk p ofis then tdo..Zzzz...:-)


Friday, March 4, 2011

Setelah sekian lama

Assalamualaikum wbt...
fuuuuh...lamanya aku x hapdate blog..last entri aku was on 9th feb aritu..dekat sbulan dah! smpai pemilik blog cintakasihsayangdalamhati pun tegur lama aku x update blog. ada jugak orang yang concern. tq kak syg. hahaha..

Dlm masa lebih kurang 3 mggu ni, mcm2 perkara n pengalaman baru yg aku lalui.. Bermula dr aku mula dpt surat lapor diri smpaila aku dah pn keja skrg..Alhamdulillah..sbb tula dh jarang update blog. sbelum ni kan aku salah sorang blogger yg agak gigih. smpai 2 entries skali pos. hoho

Alkisahnya tanggal 10hb feb tu aku dh dpt surat untuk lapor diri d putrajaya pd 16hb feb. masa tu kalut skit nak setelkan hal2 yg masih belum setel sebab petang tu aku n ibu dah nk p kl..Eh, awalnya. kan lapor diri 16hb..??

Haa kena awalla sbb 11hb tu we all nak pegi johor kenduri anak spupu ibu. kendurinya 12hb tp p awal bole rest skit. letihla masa tu sbb smpai kl pn dah tgh mlm. esoknya pagi2 dah bertolak je JB. Abah n faiz x p sbb pakngah yg aku sayangi pn kawen ari yg sama d sg petani. Pakngah zaid ni anak toksu aku bersamaan spupu abah. so, nak x nak kena berbahagila. sedihla x dpt p knduri pakngah.

Adik2 gadisku pun ikut ke jb jgk kecuali kakak. disebabkan ada clas n test segala macam, keputusan dibuat ain n adik p kemudian dgn abg saiful aka bidadarindu.

Kami konvoi 4 buah keta hari jumaat tu (aku, makteh, kak min n kak sayang) except abg saiful, nyah n abg eky yg p hari sabtu. kami balik kl hari ahad. Aku n ibu stay kat kl sbb dah alang2 aku nak lapor diri hari rabu tu..

Lepas seharian smpai petang kat putrajaya on 16th feb tu, aku n ibu bertolak blk penang mlm tu jgk sebab aku kena lapor diri kat penang pulak keesokannya. smpai rumah dah lebih pukul 12 tgh mlm. 17hb tu pagi2 dah keluar dgn ibu. Lpas breakfast n antar ibu p ofis, trus aku p lapor diri. Smpai petang jgk aku kat situ. letih sgt masa tu tp aku bole bertahan lagi.

Lepas dapat penempatan, aku dimaklumkan kena lapor diri kat daerah tersebut esoknya jugak..Ya Allah punyala penat aku rasa. tiga tempat aku kena lapor diri dlm 3 hari berturut2.. begitula jugak nasib kawan2 baru yang aku kenal di putrajaya aritu. sronok dpt kawan baru kat putrajaya, ida, syikin, kak ton, munira n others.

Tanggal 18hb bersamaan hari jumaat tibala saat yang dinantikan. Lepas blk je dr ofis yang aku baru 1st day masuk, trus demam. haha..dah lama tahan smpai x tahan dah. pagi tu dah rasa mcm nak selsema. blk je rumah trus ibu bagi ubat. So weekend tu aku memang rest puas2..

Skarang aku masih dlm proses pembelajaran tentang hal2 keja ni. Awal2 memang pening n takut tp insyaallah aku akan slowly belajar n blajar n blajar..harap2 okla semuanya..:-)


p/s: banyak gambar yang aku amik sebenarnya utk kisah ni tp x sempat nak upload lagi..mebi next time..

Wednesday, February 9, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang

Title entri ni aku amik dari lirik lagu imran ajmain..baru minggu lepas dengar lagu ni. ekceli aku bukan nk cita pasal lagu atau imran ajmain..tapi stori ni khas tentang salah sorang adik kesayangan aku..

Sebenarnya arini hari lahir my sister, NORFARAHIN ABDUL HALIM (ain) yang ke 21 tahun..nak kenal dengan ain bolela klik sini. Masyaallah dah 21 dah umur adik aku ni..cepat betol masa berlalu...

Semalam dah nyanyi lagu epi bezday dengan ibu masa kol midnite tu. nak nyanyi lagu lain la plak..
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan norfarahin
Allah selamatkan kamu...







  • ewah, macam doctor pulak
Ain ni adik aku merangkap anak ketiga kpd ibu & abah. Dilahirkan pada tanggal 9 februari 1990 di hospital sungai bakap. dari kecik tersangatla manja dengan ibu. muka dia pun ramai yang cakap seiras dengan ibu. tak macam aku muka like melissa saila. haha perasan!!

Muka ain pun ada yang cakap mcm fasha sandha. eeeii sapa yang kata tuh?? x suka. adik aku lagi cantek pada dia..bapa sedara aku, pakcik chop plak kata muka ain macam sandra bullock. fuh, omputih tu..hehe

  • anak manja ibu



  • mestila dia anak abah jugak
  • kami adik beradik pun nk tumpang masuk frame. hik


Ada jugak suara2 merdu di kalangan kaum kerabat keluargaku mengatakan muka ain, wani n mirah seiras..aku pun rasa macam tu jugak. kalau direnung dalam2 tu memang adala..oops forget pulak, wani ni anak makteh aku, mirah plak anak maksu aku. we all ni sepupu la..fantastic cousins!

  • dari kiri mirah, wani n ain. nak sama kan..
Sekarang ain blajar di UPM course Food Tech. Dijangka akan menamatkan pengajiannya pada tahun 2013. hahaha..kenapa aku gelak?? hanya ain n ibu ja yang tau. hehe xda apala..

Inila serba sedikit cerita pasal ain. nk tulis pasal bezday ja, terlebih pulak..ok2..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 21 PADA AIN. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DILIMPAHKAN RAHMAT OLEH TUHAN, DIPERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP & DILINDUNGI ALLAH S.W.T SELALU...AMIN...

I LOVE U..MMMMUAH!!!

Monday, February 7, 2011

Kenduri daun pisang

Hari ni aku gigih sikit, buat dua entri skali. haha memang excited betol. kalau hari sabtu tu aku p makan kenduri di 3 buah negeri, hari ahad kelmarin aku makan kenduri daun pisang plak. kenapakah daun pisang?? pinggan dah x adakah??

Sabar..pinggan ada banyak..aku sebut daun pisang sebab kenduri yang aku p tu adalah knduri kawan aku yang berbangsa india. Biasanya yang aku tengok orang india kalau kenduri mesti ada daun pisang kat depan rumah or dewan. tapi x semua la, ada jugak yang xda..

Ok2, kawan aku yang kawen tu prakash namanya. kami kenal dari tadika lagi, then skolah rendah x sama. masuk skolah menengah baru jumpa balik. skalila dengan ida. ni pertama kali aku p knduri kawan aku sendiri yang bukan melayu kawen. dulu slalu ikut ibu ja p kenduri kawan2 ibu yang berbangsa india ni. tapi zaman sekolah la. jap-jap, ekceli aku x nampak daun pisang pun kat majlis ni. hehehe

Aku p dengan ida n faridah. faridah ni aku panggil farid. xtaula sapa yang mula bagi nama tu kat dia. dari skolah dulu sampai sekarang lekat nama farid tu. hehe tapi dia pun x kisah. excited jugak kami nak p jumpa kawan-kawan lama nih. mula-mula ida amik aku kat umah n pastu amik farid plak.

  • ting ting, penumpang pertama naik

  • eh, farid dah naik! haha

  • farid @ faridah ni pun kawan aku since tadika jugak
Lebih kurang pukul 11 camtu we sampai kat dewan tempat berlangsungnya majlis. tgk2 prakash still kat depan pintu. dia suruh kami masuk tapi masa tu ada upacara nak dijalankan kat depan pintu dewan tu, so tunggula kami kat luar posing macam model yang memang xda agensi nak amik. ahaks..


  • sementara menunggu tu, snap jela apa yg ada
  • yang berbaju putih tu la 'maplei'
  • nampak belakang pengantin lelaki ja



  • upacara atas pentas plak



Bila dah masuk dewan, tempat semua penuh.  terpaksala kami berdiri untuk jangka masa yang agak lama. tengok orang ni, tengok orang tu. perut dah lapar tapi x bole makan lagi. hehe sabar..dalam masa tu kami skodeng jugak kot-kot nampak kawan2 yang dikenali.

Lama lepas tu baru farid perasan kawan2 skolah kami dulu. farid call salah sorang yang dia nampak nak conform dulu sebab kami berdiri agak jauh dari geng2 tu. bila dah pasti, kami pun bergerakla menuju ke destinasi. haha p jumpa depa tu la..punyala seronok dapat jumpa especially yang agak rapat dengan kami. pengantin dok jalani upacara atas pentas, kami pun upacara bergambarla.


  • hero-hero tamil together with heroin melayu hehehe

  • dalam ramai2 ni, cuma surin yg berdiri 3 dari kiri tu yg x los contact dgn aku 



Lepas amik gambar dan berbual kejap, barula kami dapat makan sebab tetamu dah beransur pulang. Bab makanan ni we all x risau sebab ada 4 catering yang berlainan disediakan termasuk makanan untuk orang melayu. 



  • after makan baru naik pentas bagi hadiah & bergambar dengan pengantin. pastu balik..
  • disebabkan minah ni x bawa sunglas dia, bedal ida punyala..hehe x tahan silau
Lepas antar farid balik, kami berdua pun pulangla ke pangkal jalan. hehe balik umah akula..aku suruh ida masukkan keta dalam pagar sebab panas. bila dah masuk keta tu dalam pagar, alamatnya lambatla nak bole kluar balik. haha..

Ida cakap nak tido kejap sebab kami plan nak kluar petang tu. bila ida tido, aku pun Zzzz jugakla..ibu baca blog & tengok tv tak kejut langsung kami bangun. Alih-alih bukan kejapla kami tido. hehe..x jadi nak meronggeng, kami p pasar malam di petang hari ja.

Borong serba serbi jugakla kami kat pasar malam tu. banyak makanan ja yang kami beli tmasuk tudung. hehe..mula-mula ida nak balik petang, tapi malam baru balik. aku dah kata, kalau ida mai sini mesti akan lambat balik. parents dia pun dah faham. penah sekali ida nak kluar dengan aku, mama dia tanya " ni kakak nak balik hari apa?" haha kena perli la tu wei...


  • before balik kenala amik gambar dulu






  • dah dalam keta pun sempat snap jugak? heei..sabar ye tuan2 & puan2
Dalam pukul 8.30pm ida balik, pukul 10.15 camtu baru sampai umah. jem punya pasal. kesian ida..abes kebab sebijik dalam keta kan. hehehe..

p/s: tarikh dalam gambar2 ni 6hb sebenarnya, bukan 7hb. camera aku dah tak sihat sikit tu..